Memang benar. Orang2 kedah memang telah bosan di bawah pemerintahan BN suatu ketika dahulu. Pada PRU ke-12, rakyat kedah telah memilih PAS untuk menerajui negeri ini. Namun begitu lain pulak respon dari bekas parti peneraju BN yang sentiasa mempersenda cara pemerintahan PAS di Kedah malah ada juga yang sanggup mengutuk negeri Kedah itu sendiri dengan mengatakan hasil negeri itu dibolot PAS lah walaupun sudah terbukti sumber hutan2 di negeri lain misalnya Sabah, Sarawak dan Pahang telah lama diboloti oleh syarikat2 di bawah kerajaan negeri tersebut.
Walaubagaimanapun hak2 penduduk untuk menyuarakan bantahan terhadap kemusnahan tersebut telah dihalang oleh media2 yang menjadi boneka kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia rabun dari hal2 sebegini.
Walaupun Perhimpunan Agung UMNO sudah selesai dengan manifesto, janji dan matlamat yang menutup keaiban parti tersebut namun kami tetap tidak berganjak dengan pilihan kami dan pada PRU ke-13 nanti sejarah pasti berulang lagi ! !



Tiada ulasan:
Catat Ulasan