Pada mulanya begitu kecewa sekali kerana surat khabar dan berita-berita di televisyen mengatakan gerhana bulan akan berlaku pada hari ini sekitar waktu maghrib namun saya sendiri tertunggu-tunggu sejak senja untuk melihat fenomena alam ini.
Namun begitu mereka SALAH waktu sebenar berlakunya gerhana ini ialah sekitar pukul 9 malam dan mencapai gerhana penuh pada 10 malam dan berlarutan sehingga berakhir selepas tengah malam. Waktu lintasan bulan ke dalam bayangan bumi ( Umbra ) secara keseluruhannya belarutan selama 48 minit ( rekod paling lama, iaitu gerhana 16 jun 2011 mencatat masa 52 minit ). Gerhana Bulan Penuh ini hanya dapat dilihat di sekitar Malaysia dan Indonesia namun ia dapat dilihat secara dramatik ( litupan penuh ) di sekitar pesisiran pantai terengganu dan kelantan.
Walaupun keliru pada mulanya tentang waktu sebenar gerhana tersebut namun begitu gembira sekali dan amat bersyukur kerana dapat menyaksikan gerhana bulan penuh di Malaysia yang kali terakhirnya berlaku pada 16 Jun 2011. Pada ketika itu cuaca di Kulim amat baik sekali dengan langit yang begitu cerah walaupun derusan angin dirasai sekeliling, menjiwai lagi emosi. Menurut maklumat dari NASA dan JMM, gerhana bulan seterunya tidak akan berlaku lagi di Malaysia sehingga tahun 2014.
Umat-umat Islam juga digalakkan agar menunaikan solat sunat gerhana ketika berlakunya fenomena sebegini. Ini menunjukkan rasa kesyukuran umat Islam dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Waktu sebegini jugalah amat baik untuk membawa keluarga dan sanak saudara keluar untuk menyaksikannya bersama. Jika mempunyai pasangan atau teman-teman, bawa sekali mereka untuk memeriahkan lagi suasana. Kerana ini adalah peluang yang anda tidak sepatutnya lepaskan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan