vs
29/11/2011 : Tengah hari tadi, saya sendiri ingin melihat apa keistimewaan yang terdapat di Restoran 1 Malaysia yang sering diuar-uarkan dalam media kerajaan. Saya singgah sebentar untuk makan tengah hari di sebuah restoran 1 Malaysia di Petaling Jaya. Namun begitu apa yang saya melihat bukan seperti apa yang saya fikirkan.

Pertama sekali suasana di restoran tersebut amat riuh sekali dengan kedatangan ramai pelanggan dan begitu sukar sekali mencari tempat duduk. Namun itu perkara biasa di bandar seperti Petaling Jaya dimana restoran-restoran sesak dengan pekerja-pekerja yang berehat untuk makan tengahari.
Seperti biasa, saya memilih menu hidangan tengah hari iaitu nasi campur beserta lauknya
( tidak termasuk sayur ) dan memesan Teh Tarik segelas ( kurang manis ).

sumber : MiloSuam.Blogspot ( gambar contoh )
Saya begitu terkejut mendapati hidangan tengah hari yang simple dan tidak seberapa berjumlah RM 6.00 bukannya RM 5.00 yang diuar-uarkan. Setelah bayar dan melangkah keluar dari restoran tersebut ( dengan harapan untuk tidak kembali lagi ), saya membuat revisi membandingkan harga hidangan di kedai mamak/kafeteria biasa, warung ( ala2 kampung punya =) ) dan restoran 1 Malaysia seperti berikut:
Restoran 1 Malaysia Kafeteria/Kedai mamak Warung
Nasi + 1 lauk RM 3.50 - RM 4.50 RM 2.00 - RM 3.00 RM 1.00++
Teh tarik RM 1.50 RM 1.30++ RM 1.20
Hidangan RM 5.00 - RM 7.50 RM 3.00 - RM 4.50 RM 2.80++
tengahari
Oleh itu lebih baik kita memikirkan semula, adakah kerajaan menubuhkan restoran 1 Malaysia semata-mata untuk memperolehi keuntungan kerana kekurangan sumber kewangan?
Adakah anda akan singgah di restoran 1 Malaysia, kafeteria berdekatan ataupun di warung sahaja?? ... sila respond di bawah =)


