Search This Blog

Selasa, 6 September 2011

Noramfaizul / Somalia / Keadaan Di Malaysia

Laporan dari MetroNews






MOGADISHU: Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, telah terbunuh sini, jam 10.30 malam, kelmarin. Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera parah membritahu;


“Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” 


Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).


Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.

Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.

Arwah Noramfaizul telah terbunuh sejurus kemudian akibat kehilangan darah akibat terkena tembakan di bahu.



Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.
Menurut BernamaNews waris Allahyarham akan menerina insurans sebanyak 50 000 MYR mengikut polisi.


Mogadishu  merupakan ibu negera TANPA berkerajaan .. sebahagian besarnya dikuasai oleh militan2 yang sentiasa menggangu ketenteraman awam. oleh itu kita harislah bersyukur dapat merasai keamanan yang dikecapi di negara kita ini :)

lagi berita di ..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan